Jadual Cuti Terancang

WAJAH-WAJAH CEMERLANG SPM 2009


"Tumpuan dalam kelas merupakan faktor penting yang mesti dilakukan oleh setiap pelajar"
Ketiga-tiga pelajar cemerlang SPM 2009 sependapat menyatakan bahawa tumpuan sewaktu pengajaran guru merupakan faktor asas kejayaan.
Pelajar cemerlang SMKTLS itu juga menjelaskan bahawa pelajar mesti memahami setiap perkara yang dipelajari dalam kelas. Pelajar tidak perlu takut, atau malu untuk terus bertanya setiap kali gagal memahami topik-topik yang diajar oleh guru.
Pelajar cemerlang ini juga sepakat menyatakan bahawa seseorang perlu menghormati guru, taat kepada ibu bapa dan sentiasa mesra dengan rakan-rakan. Selain itu kita mesti menjaga hubungan kita dengan Allah. Selain mengulang kaji pelajaran, kita juga perlu banyak membaca al-Quran dan solat hajat.

Comments