MAJLIS MENITI KECEMERLANGAN Perkongsian Pengalaman bersama Tokoh Guru Kebangsaan 2010 (Pn. Hjh. Ainun Jamilah bt Mohd Ali)


Majlis perkongsian pengalaman bersama Tokoh Guru Kebangsaan 2010 iaitu Pn. Hjh. Ainun Jamilah bt Mohd Ali telah diadakan di Dewan Mutiara Budi SMK Tg. Lela Segara pada 25 Mei 2010. Majlis tersebut bertujuan meraikan beliau yang pernah bertugas di sekolah ini sekali gus berkongsi sedikit pengalaman beliau untuk dijadikan pedoman buat kami warga sekolah.

Majlis tersebut juga dihadiri oleh bekas guru SMK Tg. Lela Segara yang pernah berkhidmat di bawah beliau pada suatu ketika dahulu.
Majlis dimulakan dengan perarakan masuk Tokoh guru diiringi oleh pengurusan sekolah. Selepas ucapan alu-aluan daripada pengetua, sebuah tayangan montage dipersembahkan berupa sumbangan-sumbangan yang telah dicurahkan oleh Puan Ainun sepanjang memimpin SMKTLS.

Berikut adalah serba sedikit maklumat mengenai beliau

BIODATA PN HJH AINUN JAMILAH BT MOHD ALI

Pn Hjh Ainun Jamilah binti Mohd Ali diputerikan pada 5 hb Disember 1943 di Besut Terengganu..Beliau Merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik dan merupakan puteri tunggal dalam keluarga. Pn Hjh menjadi suri kepada suami tercinta Tn Hj Haris b Hamidon yang menetap di Wakaf Beruas Kuala Terengganu. Dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu dua putera dan seorang puteri.

Beliau mula berkhidmat sebagai guru pada tahun 1971 dengan penuh dedikasi. Bertugas sebagai Guru Penolong di SMK Nasiruddin Shah,SMK Padang Midin dan SMK Chung Hwa Wei Sin.
Menjawat Jawatan Guru Penolong Kanan di SMK Ibrahim Fikri. Memegang jawatan Pemangku Pengetua di SMK Panji Alam
Seterusnya menjadi Pengetua di SMK Seri Budiman,SMK Sultan Omar dan SMK Tg Lela Segara dan akhirnya menjawat jawatan ter-tinggi sebagai Pengetua Kanan di SMK Padang Midin pada 1 Febuari 2001

Menamatkan perkhidmatan dalam arena pendidikan pada tanggal 5 Disember 2004 dengan meninggalkan inovasi-inovasi tersendiri untuk diwarisi oleh mereka yang cintakan kegemilangan.

Berikut merupakan nostalgia indah Beliau Bersama SMK Tg Lela Segara

Dalam bidang akademik beliau telah berjaya meningkatkan prestasi PMR SPM dan STPM sehingga SMK Tg Lela Segara telah dinobatkan sebagai sekolah harian terbaik di daerah Marang.
Manakala dalam bidang ko kurikulum iaitu olahraga,sukan permainan serta koakademik SMK Tg Lela Segara mula digeruni oleh sekolah-sekolah sedaerah dengannya serta banyak menggondol anugerah demi anugerah..Puncak kegemilangan dengan meraih nama di peringkat kebangsaan, dinobatkan sebagai Sekolah Harapan Negara kategori luar bandar pada tahun 1997 dan memenangi anugerah kualiti Menteri Pendidikan pada tahun 1998.

Atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh beliau,beliau telah dianugerahkan dengan Pingat PJK pada tahun 1989, AMN pada tahun 1995 dan PJC pada tahun 2003
Beliau juga telah dinobatkan dengan anugerah Ketua Pengakap Negara dalam bidang kepimpinan Cemerlang pada tahun 1992

Pada tahun 2002 pula beliau sekali lagi dinobatkankan sebagi Ketua Pengakap Negara dan dikurniakan Pingat Jasa Bakti.

Walaupun telah bersara Beliau terus bergiat aktif dengan memegang jawatan sebagai pengerusi persatuan bekas pegawai perkhidmatan pendidikan Malaysia cawangan Kuala Terengganu
Disamping itu Beliau turut menyandang jawatan sebagai pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Perhubungan Negeri Terengganu Selain itu beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Terengganu.

Prinsip hidup yang selama menjadi pegangan beliau ialah kecemerlangan dalam "' apa jua bidang kerjaya adalah pilihan kita sendiri. Excellence is our choice

Semoga lebih ramai lagi insan seperti beliau dapat dilahirkan di persada pendidikan negara dalam usaha menunjangi kegemilangan pendidikan.

Buat Pn Ainun Jamilah,terimalah serangkap pantun kenangan di hati
Indah mewangi si bunga melati
Hiasan sanggul mutiara hati
Ilmu dan amal bersemi-di sanubari
Kesantunan budi menyerlah diri


p/s: gambar dan montaj akan menyusul selepas ini

Comments