Hari Koperasi Sekolah 2018

Hari Koperasi Sekolah (HKS) 2018, SMK Tengku Lela Segara telah dilancarkan secara rasminya pad 31 Julai 2018 bertempat di Dewan Mutiara Budi, SMKTLS oleh Tuan Haji Alias @ Abdul Karim Bin Mustaffa, Setiausaha ANGKASA Negeri Terengganu. Sempena Hari Koperasi Sekolah ini, berbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah Program Pemeriksaan Kesihatan dan Derma Darah yang dikelolakan oleh pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Pejabat Kesihatan Daerah Marang, pameran dan jualan buku serta majalah, gerai jualan makanan dan minuman, fotografi, aksesori telefon serta kereta. Di samping itu, terdapat juga pertandingan kuiz spontan dan gubahan buah-buahan yang disertai oleh para pelajar SMKTLS.









Comments