21 Orang Calon PMR 2007 Mendapat Kejayaan Cemerlang

Pada 27 Disember yang lalu, keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diumumkan di seluruh Negara. Seramai 21 orang calon PMR di SMKTLS mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil (8A1) .

Menurut Pn. Rohaiyu bt. Abd. Aziz (Guru Penyelaras Tingkatan Tiga), secara keseluruhan keputusan tahun 2007 adalah meningkat. Seramai 322 orang pelajar telah menduduki peperiksaan PMR 2007. Sejumlah 206 atau 63% calon mendapat keputusan lulus semua mata pelajaran. Selain itu seramai 19 calon mendapat 7A dan 23 calon mendapat 6A. Keputusan yang membanggakan SMKTLS tahun 2007 iaitu seorang calon diumumkan sebagai antara calon terbaik negeri Terengganu peperiksaan PMR 2007 iaitu Amira Husna binti Taib.
Apabila ditemu bual pada calon-calon yang berjaya, mereka menyatakan kejayaan yang mereka peroleh merupakan berkat usaha guru-guru dan pengurusan sekolah serta doa ibu bapa agar mendapat kejayaan yang cemerlang, selain ketekunan dan usaha yang mereka lakukan.

Comments