PENGURUSAN DISIPLIN SMKTLS DIUMUMKAN SEKALI LAGI SEBAGAI TERBAIK PERINGKAT NEGERI

Baru-baru ini, Unit Disiplin SMKTLS dianugerahkan sebagai pengurusan disiplin terbaik peringkat negeri Terengganu bagi tahun 2007. Pencapaian ini merupakan kali kedua SMKTLS dinobatkan sebagai sekolah yang mengendalikan pengurusan disiplin yang terbaik.

Selepas diumumkan, Cikgu Mohd. Nasir, Guru Disiplin SMKTLS menunjukkan rasa terkejut dan terharu di atas penganugerahan tersebut. Menurut beliau, “Kami tidak menjangkakan akan menerima anugerah ini sekali lagi. Kami melaksanakan kerja-kerja pengurusan disiplin dengan penuh dedikasi kerana ingin melihat kejayaan cemerlang SMKTLS dalam akademik dan juga kokurikulum. Murid-murid yang cemerlang disiplin, insyaallah akan cemerlang akademik, sahsiah dan juga kokurikulum.”
Menurut beliau lagi, “Kejayaan diperoleh merupakan kekuatan dan kerjasama semua guru-guru di SMKTLS bagi memastikan disiplin pelajar berada di landasan yang betul. Seterusnya kekurangan salah laku disiplin boleh melicinkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran

Comments

taik ple said…
ye ke dok??? nok caye dok gamok...