TEKNIK PENGURUSAN MASA

TEKNIK PENGURUSAN MASA
Sekiranya kamu pandai menguruskan masa, kamu akan dapati banyak masa lapang yang boleh dimanfaatkan. Namun malang sekali, tidak ramai pelajar yang mampu memanfaatkan masa tersebut kecuali pada hari-hari peperiksaan.
Mulai sekarang binalah amalan baru dan rebutlah masa yang ada semasa di sekolah dengan aktiviti yang berfaedah. Oleh itu patuhilah pengurusan masa yang efektif sebaagimana yang dibincangkan di bawah.


Menyelesaikan semua tugasan segera. Jangan bertangguh.

a) Tugas selalu dikaitkan dengan bebanan.
b) Oleh itu ramai pelajar yang suka berehat daripada menjalankan tugas
c) Namun tugas adalah satu tanggungjawab dan perlu diselesaikan segera
d) Jika tidak diselesaikan segera tugas akan bertambah banyak dan bebanan kerja kian bertambah.
e) Oleh itu, selesaikan tugas segera. Jangan amalkan sikap suka bertangguh.

Memberi keutamaan kepada kerja penting

a) Semua tugas harus diselesaikan segera
b) Namun kamu harus bijak membahagikan tugas supaya tidak merugikan masa
c) Utamakan kerja penting dan kemudiankan tugas tidak penting atau tugas sampingan.

Membuat perancangan rapi ke atas satu-satu perkara

a) Rancanglah masa kamu dengan bijak
b) Oleh itu sebelum melakukan tugas, kamu harus membahagikan masa untuk satu-satu tugas dengan betul.

Kelapangan awal pagi : sebelum kelas bermula ( 15-30 minit)

a) Pelajar yang datang awal ke sekolah mempunyai banyak masa sebelum kelas bermula
b) Gunakan masa ini untuk melakukan perkara yang berfaedah seperti mengulang kaji pelajaran tentang topik yang akan diajar oleh guru atau membaca nota ringkas
Kelapangan kerana guru lambat masuk ke kelas ( 5-10 minit)

a)Gunakan masa ini untuk mengulang kaji topik yang baru diajar oleh guru sebentar tadi
b) Kamu juga boleh mengulang kaji tentang topik yang akan diajar oleh guru sebentar lagi
c) Selain itu, kamu juga boleh menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru.

Kelapangan kerana guru tidak masuk ke kelas ( 30-60 minit)

a) Pada masa ini banyak aktiviti pembelajaran yang boleh kamu laksanakan.
b)Kamu boleh membuat latihan dan menyelesaikan tugasan yang diberikan
c) Kamu juga boleh mengulang kaji.pelajaran

Kelapangan semasa menunggu bas atau kenderaan berulang alik ke sekolah ( 10-30 minit)
a) Gunakan masa ini untuk membaca nota ringkas

b) Sediakan nota ringkas yang mudah dibawa ke mana-mana dan boleh dibaca bila-bila masa


TEKNIK MEMBUAT JADUAL WAKTU

Catat aktiviti yang ingin dibuat selepas waktu sekolah

a) Pada ruang 1 catatkan aktiviti yang ingin kamu buat selepas waktu sekolah
b) Pada masa ini kamu mempunyai waktu yang panjang untuk menjalankan aktiviti pembelajaran
c) Antara aktiviti yang boleh kamu lakukan ialah :
i) mengulang kaji pelajaran,
ii)membuat latihan,
iii)membuat tugasan,
iv) membaca nota yang diberi oleh guru pada pembelajaran hari ini
v) membaca tajuk yang akan diajar oleh guru pada esok hari

Catat aktiviti belajar untuk malam hari
a) Pada ruang 2 catatkan aktiviti belajar untuk malam hari
b)Pada waktu malam biasanya aktivit yang dijalankan ialah:
i) mengulang kaji pelajaran,
ii) menyudahkan tugasan sekolah yang dibuat pada siang hari,
iii) membuat latihan,
iv) membaca tajuk yang akan diajar oleh guru pada esok hari.

Catat aktiviti belajar pada hujung minggu
a) Pada ruang 3 kamu boleh mencatatkan aktiviti belajar pada hujung minggu
b) antara aktiviti yang dapat dilakukan pada masa ini ialah :
i) menyelesaikan tugasan sekolah,
ii) membuat latihan,
iii) mengulang kaji pelajaran
iv)menyertai aktiviti belajar secara berkumpulan,
v) Mentelaah pelajaran di perpustakaan

Catat aktiviti utama pelajaran dan bukan akademik yang lain
a) Pada ruang 4 kamu perlu catatkan aktiviti utama pelajaran dan bukan akademik lain yang berfaedah.
b) Antara aktiviti tersebut ialah :
i) menghadiri tuisyen,
ii) menyertai kegiatan kokurikulum sekolah,
iii) menyertai rombongan sekolah,
iv) bercuti selepas penat belajar,
v) membantu keluarga melakukan kerja rumah

Comments