Derma Darah 2008 anjuran SMK Tengku Lela Segara dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah






Pada hari Ahad,27 Julai 2008 SMK Tengku Lela Segara telah mengadakan Program Derma Darah kepada pelajar-pelajar Tingkatan Enam serta Guru-guru di sekolah ini.Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 1.30 tengah hari.Program derma darah diadakan di Dewan Mutiara Budi bertujuan untuk menampung kekurangan bank-bank darah di Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu.

Program yang telah dianjurkan untuk kali ke dua telah menarik minat kira-kira 70 orang pelajar temasuk guru-guru.Pada tahun lepas hanya kira-kira 55 orang sahaja yang menderma darah.Sehubungan dengan itu,pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan proram derma darah ini pada tahun berikutnya.

Program ini telah dikelolakan di bawah pengurusan Cikgu Zaitun binti Abu Bakar.Pihak hospital telah membawa:

Doktor 1
PRO 1
Jururawat 5
Staff Nurse 5
Attendent 1
Pemandu 1
Katil 7

Pihak Hospital turut menyediakan sedikit jamuah ringan kepada pelajar serta guru yang menderma darah.Selain itu,pihak telah memberi sedikit cenderahati kepada pejaran serta guru yang telah menjayakan program tersebut.Program tersebut telah berakhir kira-kira jam 1.30 tengah hari.Pihak Hospital juga telah menyatakan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah atas program yang telah dianjurkan.Pihak Hospital juga turut berpuas hati dengan kerjasama yang telah diberikan.Mereka turut menyatakan bahawa SMK Tengku Lela Segara sekolah kedua teramai menderma darah selapas SMK Sultan Sulaiman.

Laporan disediakan oleh,



(NURUL AKMAL BINTI MOHD NAWI) 28 Julai 2008
Pelajar 6Amanah 2
SMK Tengku Lela Segara
Marang Terengganu

Comments