EKSPEDISI KE GUNUNG TEBU






Pada 19 Julai hingga 20 Julai 2008,asrama SMK Tengku Lela Segara telah menganjurkan 1 ekspedisi ke Gunung Tebu di Lata Belatan, Besut.Ekspedisi ini telah disertai seramai 75 orang peserta termasuk guru serta jurupandu.Ekspedisi ini bertujuan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta.Selain itu,ekspedisi ini juga bermatlamat untuk mengenali dan melihat dengan lebih dekat pelbagai jenis flora dan fauna yang ada di hutan serta sekali gus dapat menanam sikap cintakan bumi hijau.

Ekspedisi yang julung-julung kalinya diadakan ini telah diketuai oleh ketua warden asrama SMKTLS iaitu Encik Fauzi bin Abd Ghani dan dibantu oleh beberapa orang guru bersama jurupandu. Para pelajar mendaftarkan diri ke asrama pada jam 2.30 petang pada 18 Julai 2008. Para peserta telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan pendakian.Setiap kumpulah telah diiringi oleh dua orang jurupandu..

Pada jam 6.30 pagi,kesemua pelajar serta guru yang menyertai ekspedisi bertolak ke Lata Belatan yang mengambil masa kira-kira 2 setengah jam.Pada jam 10.45 pagi peserta telah sampai ke tempat ekspedisi.Pelajar diberi makan dan rehat serta menyiapkan kelengkapan untuk memulakan ekspedisi.Kira-kira jam 11.30 ekspedisi ke kemuncak Gunung Tebu dimulakan.

Pada jam 3.00 petang para peserta behenti rehat selam 1 jam di Batu Mat Hassan.Para pelajar dibekalkan 2 pek maggi beserta 2 botol air mineral.Jurupandu memberitahu kepada para peserta mereka akan tiba dikemuncak kira-kira jam 6.00 petang.Kira-kira jam 4.00 petang para peserta meneruskan ekspedisi mendaki Gunung Tebu.Selepas sejam pendakian,peserta sekali lagi behenti rehat di Jendela Panjang untuk menikmati keindahan flora dan fauna di kawasan tersebut.Kira-Kira jam 6.25 petang para peserta telah tiba ke puncak Gunung Tebu.Berbagai perasaan yang dapat dilihat apabila kesemua peserta tiba di puncak Gunung Tersebut.Para pesera mendirikan khemah dan menikmati makanan.

Keesokan harinya,20 Julai 2008 para peserta bersiap untuk bertolak pulang.Para peserta meninggalkan tapak khemah kira-kira jam 10.00 pagi.Kira-kira 3 jam menuruni gunung,akhirnya peserta tiba di LataBelatan untuk mandi.Para peserta bertolak pulang pada jam 4.00 petang ke Marang,Terengganu


Laporan disediakan oleh,


(Nurul Akmal binti Mohd Nawi)
Pelajar SMKTLS 30 JULAI 2008

Comments