Majlis Penyampaian Watikah Pengawas

7.40 am
Semua pelajar SMK Tengku Lela Segara berkumpul di Dewan Mutiara Budi.

8.20 am
Ketibaan Yang Setia DSP Abdul Rahim b Md Din,Ketua Polis Daerah Marang.Diiringi oleh Tn Pengetua,En Mukhtar b A Ghani serta YDP PIBG.

Aluan Pengerusi majlis .Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Setia DSP Abdul Rahim b Md Din diatas kesudian untuk hadir menyempurnakan majlis.

Bacaan doa oleh En mohd Ludddin memohon keberkatan dari Ilahi agar majlis berjalan lancar.

Ucapan Pengetua

-Beliau mengucapkan tahniah di atas perlantikkan sebagai pengawas sekolah,PSS,Pengawas Koperasi dan wakil Ketua-Ketua Kelas.

-Beliau juga memberikan penekanan kepada peranan pengawas yang diibaratkan sebagai tangan kanan sekolah kerana banyak membantu pihak sekolah dalam pelbagai urusan berkaitan.

Jumlah Pengawas

-Pengawas sekolah-83 orang
-Pengawas Pusat Sumber-43 orang
-Koperasi-21 orang

-Tuan pengetua juga memberi penekanan kepada ciri-ciri kepimpinan untuk keberkesanan peranan pengawas bagi membantu pihak sekolah.

-Beliau juga berpuas hati dengan prestasi para pengawas setakat ini kerana banyak membantu pihak disiplin.Para pengawas seharusnya,semestinya mempimpin para pelajar kerana mereka merupakan pemimpin di kalangan pelajar.

-Para pengawas juga perlu mempunyai etika yang baik sama ada dari segi berpakaian,tingkahlaku dan kesungguhan dalam menuntut ilmu kerana mereka adalaah contoh kepada pelajar yang lain.
-Pengawas juga diharapkan dapat menjaga nama baik sekolah dan bukannya menjadi perosak sekolah.Untuk memastikan pelaksanaan disiplin sekolah yang berkesan,para pengawas mesti bergerak atau bertugas secara berkumpulan.

-Para pengawas juga haruslah sentiasa menyalurkan maklumat penting kepada badan disiplin,pihak pengurusan serta para guru.Selain itu para pengawas juga perlu sentiasa mengawasi tingkahlaku pelajar serta diri sendiri.

-Semua tindakan yang diambil berkaitan perlanggaran disiplin pelajar haruslah berpandukan kepada buku peraturan sekolah.

-Pengawas juga harus amanah dalam menjalankan tugas serta taat kepada perintah Allah. Andaikata ciri-ciri pemimpin tidak dapat dipenuhi, maka mereka akan menjadi pengawas yang tidak sempurna.

-Harapan beliau selaku pengetua agar disiplin sekolah dapat dipelihara sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG kerana sentiasa membantu pihak sekolah untuk memperkasakan sekolah.

8.50 am
Ucapan Perasmian Yang Setia DSP Abdul Rahim b Md Din

-Beliau menyatakan bahawa majlis ini merupakan majlis yang sangat bermakna kepada pihak sebagai memenuhi calendar sekolah dan beliau juga bersetuju dengan pendapat Tuan Pengetua iaitu para pengawas mestilah mempunyai disiplin diri yang tinggi.
-Disiplin mencerminkan watak di masa hadapan.Harapan beliau supaya pelajaar-pelajar hari ini tidak menjadi warga Negara yang melanggar undang-undang di masa hadapan.
-Para pelajar juga harus menghayati Rukun Negara.
-Jangan merasakan disiplin sebagai pengongkong tetapi sebagi pembentuk budaya.
-Tidak berdisiplin akan menyukarkan pencapaian kejayaan dalam hidup.Disiplin juga sebagai pembentuk kehidupan di masa hadapan.Pelajar perlu ada impian yang tinggi untuk Berjaya.Disiplin yang tinggi juga menjamin tercapainya impian dan sebagainya.

-Perasaan bangga dan sayangkan sekolah sendiri perlu ada dalam setiap diri pelajar.(proud to our school) oleh itu setiap pelajar perlu kekalkan kecemerlangan sekolah dengan tidak melanggar disiplin sekolah.

-Menurut beliau lagi produk Tg Lela Segara adalah yang terbaik dari segi disiplin.Gunakan masa yang ada untuk menimba ilmu dan jangan sekali melibatkan diri dengan gejala yang tidak sihat seperti dadah.Sentiasa berhati-hati dengan ajakan kawan-kawan supaya tidak terlibat dengan gejala yang merosakkan diri.

-Menurut beliau lagi cerita P Ramlee,Anakku Sazali sngaat baik ditonton sebagai pengajaran.Elakkan diri dari aktiviti yang tidak sihat seperti mencuri motosikal dengan pesanan kita tidak tahu hari malam kita jadi berhati-hatilah.Pelajar perempuan juga harus berhati-hati kerana sindiket dadah sering menggunakan pelajar perempuan dalam aktiviti mereka.

-Pengawas harus berusaha untuk menjadi role model kepada para pelajar vyang lain dan menggunakan peluang yang ada untuk melatih diri kita sebagai pemimpin,bijak membuat segala keputusan.Pengawas adalah seperti pihak penguasa.

-Beliau menyeru supaya para pengawas sentiasa taat kepada ibu bapa,hormat pada guru,jangan melanggar peraturan dan undang-undang.

-Harapan beliau semoga pelajar menjadi seorang yang Berjaya di masa hadapan
-

9.35 am
Perasmian Watikah Perlantikkan Pengawas Oleh Yang Setia DSP Abdul Rahim b Md Din

9.40 am
Penyampaian Watikah

-Oleh Yang Setia DSP Abdul Rahim b Md Din dengan diiringi oleh Tuan Pengetua En Mukhtar b A Ghani.

-Penyampaian watikah perlantikkan kepada:
1.Zulhafizi b Zulkifli selaku Ketua Pelajar
2.Norul Amani b Nordin-Penolong Ketua Pengawas
3.Penyampaian kepada 83 orang pengawas sekolah.

-Penyampaian Watikah Kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah Oleh YDP PIBG Tn Hj Ariffin b Embong.
1.Mohd Kamal Husaini b Alias selaku Ketua PSS
2.Al Naimah bt Zambri-Penolong Ketua Pengawas

Ketua Koperasi
1.Mohd Rahim b Abdul Rasyid

-Penyampaian Watikah kepada Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas(Wakil)


10.00 am
Bacaan Ikrar oleh Zulhafizi b Zulkifli


10.05 am
Majlis Bergambar Pengawas dan DSP Abdul Rahim.

Gambar-gambar sekitar Majlis Penyampaian Watikah Pengawas






Comments