SMK Tengku Lela Segara Juara Lagi


Pasukan bola baling kategori Perempuan bawah 18 tahun SMK Tengku Lela Segara berjaya mengekalkan kejuaraan dua tahun berturut-turut setelah menewaskan pasukan SMK Seberang Marang dengan jaringan 5 berbalas 2 dalam pertandingan bola baling MSSM Marang yang telah diadakan di SK Rusila baru-baru ini. Manakala pasukan bola baling kategori Lelaki bawah 18 tahun, tewas kepada SMK Seri Serating di peringkat suku akhir. Sebagai makluman, pasukan SMK Seri Serating menjadi johan setelah menewaskan pasukan SMK Merchang di peringkat akhir.
Berikutan dengan kejayaan ini, seramai 5 orang pelajar perempuan dan 2 orang pelajar lelaki terpilih untuk mewakili pasukan daerah Marang ke pertandingan bola baling MSSM Terengganu yang akan diadakan di Besut pada 23- 25 April ini
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berusaha dengan gigih sehingga mencapai kejayaan ini.

Comments

ayawank said…
Tengok dulu siapa cikgunya..
apapapun segulung dan segunung tahniah buat semua orang dan bukan orang (bola, tiang gol, kasut, etc)yang terlibat.
taik ple said…
This comment has been removed by a blog administrator.
CAGUkaki said…
sape jurulatih ni??
capten Nemo said…
salam..
saya ni bukan warga sek hebat ni,tapi wife sy pernah belajar disekolah ni dulu...
dan beliau juga antara ahli pasukan yg penting katanya...kalu ada dalam ni yang kenal wife sy ni ANIDA BINTI MAMAT, kenal tak?? area tahun 90 an...sy berhasrat nk tgk pic2 semasa beliau dan team satu pasukan tu..andai kata ada yg masih simpan kenangan dan pic2 yg berharga tu boleh lah kongsi dgn sy..sy berharap sangat2..nk tgk
#capten Nemo