PENGANUGERAHAN PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH


Pasukan Kadet Remaja adalah sebuah pasukan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran. Sehubungan itu, pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan berbagai aktiviti untuk mereka.

Pelajar-pelajar yang dianugerahkan pangkat-pangkat ini berdasarkan pengalaman dan pendedahan dalam latihan kawad mingguan, pertandingan kawad, peringkat daerah serta perkhemahan yang diceburi oleh mereka di peringkat sekolah atau peringkat negeri. Adalah wajar anugerah pangkat ini diberikan kepada pelajar demi memotivasikan mereka agar terus maju dalam KRS dan seterusnya meningkatkan imej SMK Tengku Lela Segara.

Seramai 2 orang pelajar telah dianugerahkan pangkat Pegawai Waran 1 iaitu Muhd Amirul Helmi bin Abd Fatah dan Mohd Hairuzudin bin Nordin, manakala Siti Maizatul Asnor bt. Abd Samad pula dianugerahkan pangkat Sarjan.

Seramai 18 orang pelajar telah dianugerahkan pangkat Koperal dan 21 orang pelajar menerima pangkat Lans Koperal.





Comments

budak_shuffle said…
This comment has been removed by a blog administrator.
budak_shuffle said…
klau boleh, ltak la post (entri) yg banyak gambar pelajar sklh ni (SMKTLS)......
sbab bdk sklh lela s*ksi blake......

heheehe.......sori...
maksud aku cun n lawo....hahha
Unknown said…
sedey waser adopp lam pic penaikan pnagkat orrr.. nyesal giler dop mri koloh.. uwaaa :(