GURU SEBAGAI INSPIRASI



AMIRA HUSNA BT. TAIB yang mendapat 10A dalam SPM 2009 menganggap bahawa guru sebagai sumber inspirasi dalam kejayaan.
"Saya berasa sangat bertuah kerana guru-guru di SMK Tengku Lela Segara merupakan guru yang hebat dan sentiasa komited dalam mencurahkan ilmu. Kita tidak pernah berasa keseorangan dalam meredah lautan ilmu ini kerana guru-guru sentiasa ada bersama-sama memberikan dorongan dan kata-kata semangat."
"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana anda tidak pernah mengenal erti jemu. Tidak lupa juga kepada doa dan air mata ibu bapa kami."

Comments