MINAT KOIR TAK HALANG LULUS CEMERLANG


MOHD AIZAT HAFIZ SOHOR yang mendapat 9A dalam SPM 2009 menganggap minatnya yang mendalam dalam koir tidak menjadi penghalang untuk meraih kecemerlangan. Pemimpin Koir Segara itu menegaskan bahawa kemahuan dan komitmen yang tinggi terhadap sesuatu perkara menjadi kunci utama terhadap sesebuah kejayaan.
"Aktiviti kokurikulum telah banyak membantu saya untuk menjadi lebih berkeyakinan tinggi dan bersemangat dalam apa jua kegiatan," tuturnya. Menurutnya lagi, restu guru-guru dan ibu bapa amat penting dalam menentukan sesebuah kejayaan.
"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua rakan saya yang berkongsi kejayaan ini. Akhirnya kita semua berjaya menggapai impian ini."

Comments