Pasukan Hoki Perempuan 18 Juara Daerah Marang

Pasukan hoki perempuan 18 tahun telah menjuarai pertandingan hoki sekolah-sekolah daerah Marang 2010. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 4-5 April 2010 bertempat di SK Paya Resak. Pasukan ini telah menewaskan pasukan SMK Merchang dengan jaringan 1-0 dalam pertandingan akhir.
Manakala pasukan Hoki Lelaki 18 tahun pula telah menjadi naib juara apabila tewas di tangan pasukan SMK Seri Payong dengan jaringan 0-1.
Walaupun bertanding didalam keadaan serba kekurangan, semangat juang yang tinggi mendorong ahli pasukan hoki SMK Tg. Lela Segara berjuang habis-habisan sehingga berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan hoki SMK Tg. Lela Segara yang telah bersungguh-sungguh berlatih setiap hari bermula 23 Mac 2010 sehingga hari pertandingan termasuk hari Jumaat dan Sabtu di bawah bimbingan jurulatih En. Rohazmi b. Razali dan Cg. Kairil Anuar

Comments