PENDAFTARAN 6 RENDAH 2010


BETULKAN PERSEPSI
TENTANG TING. ENAM

Pengetua SMK Tengku Lela Segara En Mokhtar A. Ghani menegaskan bahawa para pelajar perlu membetulkan persepsi negatif mereka terhadap Tingkatan Enam sebelum ini. Persepsi tentang Tingkatan Enam yang dianggap tidak glamor dan hanya menjadi persinggahan sementara perlu dikikis daripada minda pelajar.


Semasa menyampaikan ucapan dalam perasmian Minggu Oriuentasi PPU Rendah 2010, beliau menegaskan bahawa para pelajar perlu mempunyai sasaran untuk memasuki universiti. Beliau juga menggesa pelajar agar mengangkat pemikiran ke aras yang lebih tinggi sesuai dengan status PPU.

Comments