Sambutan Hari Koperasi Peringkat Sekolah 2010

Sambutan Hari Koperasi Peringkat Sekolah 2010 telah diadakan pada 29 dan 30 Jun 2010. Tema Hari Koperasi pada tahun ini ialah "Kreativiti dan Inovasi Memperkasakan Koperasi Sekolah" . Sambutan Hari koperasidiadakan setiap tahun sebagai satu usaha pihak koperasi menyemai nilai-nilai koperasi dalam kalangan anggota.
Sambutan Hari Koperasi Sekolah dimulakan pada 7.40 pagi di dewan Mutiara Budi, SMK Tengku Lela Segara dengan pelbagai aktiviti. Antaranya ialah nyanyian lagu Koperasi, membaca perutusan Hari Koperasi, Pelancaran Hari Koperasi, Penyampaian Anugerah ALK Terbaik, Sumbangan Koperasi Kepada Pihak Sekolah, Penanaman pokok oleh PK Pentadbiran, pertandingan mewarna, melukis, kuiz dan gotong royong .
Manakala pada hari Rabu, 30 Jun 2010, pihak koperasi sekolah mengadakan jualan istimewa iaitu potongan harga yang sangat istimewa dan "Jumble Sale".
Berikut adalah serba sedikit gambar aktiviti Hari Koperasi. Gambar-gambar lain akan dimasukkan ke galeri gambar di sebelah

Comments