SERI SEGARA JUARA LAGI




Koir Seri Segara SMKTLS menjuarai Koir Perpaduan Negeri Terengganu selama tiga tahun berturut-turut, apabila sekali lagi Seri Segara diisytiharkan sebagai juara dalam pertandingan Koir Perpaduan Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Taman Budaya Kuala Ibai pada hari Jumaat, 9 Julai lalu. Koir Segara mengalahkan 7 kumpulan lain dan berjaya menggondol piala pusingan beserta wang tunai RM 2,000.

Comments