Pertandingan Mencipta Video Liga Remaja Kreatif

Liga Remaja Kreatif merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik meliputi dua peringkat iaitu peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.  Tema pada tahun 2010 adalah “Jalur Lebar Untuk 1Malaysia”
Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 3 – 7 minit dan pada umumnya bertemakan jalur lebar dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.

Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:

  1. Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan
  2. Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan
  3. Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan
Durasi Penyertaan  : 3-7 Minit
Tarikh Mula Penyertaan : 1 Jun 2010
Tarikh Tutup Penyertaan : 30 Ogos 2010

maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati dari


Kepada pelajar yang berminat bolehlah berjumpa terus dengan Cg. Kairil Anuar untuk sesi perbincangan

Comments