Johan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah

Latihan hoki

Sir Nasarudin sedang menunjukkan cara menolak bola
Kemahiran menggelecek bola

Latihan hoki pasukan SMK Tengku Lela Segara terpaksa diadakan di bawah gajah menyusur ekoran daripada kekurangan kemudahan sukan di sekolah ini atau lebih tepat lagi ketiadaan padang. Walaupun dalam serba kekurangan dari sudut tempat latihan yang sesuai, pasukan hoki SMKTLS tetap gigih berlatih untuk meyertai pertandingan hoki MSSD Marang yang akan di adakan di Padang Hoki MBKT Batu Buruk 29-31 Januari 2012.
Bersama-samalah kita mendoakan agar pasukan hoki ini menjuarai pertandingan pada tahun ini dan sekaligus mengekalkan rekod juara sejak tahun 2009 lagi. Kehadiran penyokong amatlah dialu-alukan di padang hoki MBKT pada 30 dan 31 Januari ini.

Comments

budok key jens said…
SEMOGA SMKTLAS BERJAYA MENCIPTA NAMA DALAM SUKAN HOKI WALAUPUN KETIADAAN KEMUDAHAN PADANG YANG SEMPURNA..CHAIYOK2X!!!