Piagam Pelanggan


Piagam Pelanggan

Kami warga SMKTLS dengan penuh kesedaran, tekad dan iltizam berikrar
serta berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami, selari
dengan Falsafah Sekolah untuk:

Menyediakan peluang, sistem dan organisasi pengurusan pendidikan terbaik,
cekap, canggih, dinamik dan berkesan berlandaskan konsep keterbukaan
serta beteraskan konsep imaginatif, kreatif dan inovatif.

Mengamalkan pendekatan yang peka, responsif dan prihatin kepada kehendak
dan keperluan pelajar, ibu bapa dan masyarakat.

Mempertingkatkan tahap sumbangan dan tanggungjawab ke tahap cemerlang
dan gemilang  sesuai dan selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, wawasan Negara dan Etika Profesion Keguruan.

Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap,
mencukupi dan bermutu selaras dengan perkhidmatan dan sekolah penyayang.

Menjelmakan warga sekolah yang bijaksana, berdedikasi, komited, berdisiplin,
cekap, bertanggungjawab, produktif dan beretika serta jujur berlandaskan
Al--Quran dan hadis.

Menyediakan sistem dan beroperasi pendidikan yang terbaik berasaskan budaya
ilmu bagi memenuhi tuntutan pelanggan.

Memberi peluang yang sama adil kepada setiap anak didik tanpa mengira latar
belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-
baiknya.

Mencungkil potensi setiap pelajar ke tahap maksimum.

Mengatur organisasi ke arah Zero Defect.




Comments