Keputusan SPM 2017

Johan Kejohanan Olahraga MSSD Marang 2018

Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merealisasikan SMKTLS sebagai 'The Leading School'. Pada kejohanan kali ini, pasukan dari SMKTLS telah menggondol 31 pingat emas, 18 perak, 10 gangsa dan 9 tempat ke-4 untuk melayakkan SMKTLS bergelar Johan Keseluruhan pada Kejohanan Olahraga MSSD Marang 2018. Kejohanan kali ini juga menyaksikan 21 rekod baru kejohanan daripada 43 rekod baru telah dipecahkan oleh peserta dari SMKTLS.  Mohd Syauqi Bin Putih dan Nur Aisyah Irdina Bt Zainuddin dari SMKTLS juga masing-masing telah dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati pada kejohanan kali ini. Syabas dan tahniah diucapkan.

Comments