Lawatan Ke Rumah Sejahtera Taman Bahagia Bukit Payong

Satu program kemasyarakatan telah diadakan di Rumah Sejahtera Taman Bahagia Bukit Payong, Marang pada 2 Ogos 2018. Program ini adalah salah satu aktiviti sempena Hari Koperasi Sekolah (HKS) SMK Tengku Lela Segara. Program anjuran D'Lela Coop ini turut disertai oleh 11 orang  koperator dan 5 orang guru koperasi. Para peserta pogram telah didedahkan dengan pengalaman mengendalikan rumah kebajikan oleh Puan Rohazeni Binti Mamat, Penguasa Rumah Sejahtera Taman Bahagia, Bukit Payong. Pihak koperasi juga telah menyampaikan sumbangan berupa barangan dan wang tunai kepada pengurusan Rumah Sejahtera ini.



Comments