Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2019

Majlis pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan 2019 telah diadakan pada 18 Ogos 2019, bertempat di Dewan Mutiara Budi, SMK Tengku Lela Segara. Antara lain objektif majlis sambutan Bulan Kemerdekaan 2019 ialah:

  • Memupuk semangat patriotisme dan perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia di kalangan murid.
  • Menghargai pengorbanan, usaha dan sumbangan tokoh-tokoh pejuang tanah air yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan, kebebasan  pembangunan negara dan mempertahankan maruah bangsa.
  • Mencungkil bakat dan kreativiti pelajar
  • Memupuk semangat kerjasama dan muhibbah dalam kalangan pelajar
  • Mencetus dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan dalam kalangan warga sekolah 


Comments